Perkongsian info sawit

Kadar baja kelapa sawit yang disyorkan

Salam,

Entri pada kali ini saya ingin menyentuh berkenaan kadar pembajaan yang seimbang untuk diberikan kepada pokok kelapa sawit agar dapat mencapai pertumbuhan yang optimum dan seterusnya memberikan hasil yang lumayan. Jenis baja yang digunakan dalam komendasi ini adalah baja berbutir sebatian 44, baja tunggal Rock Phosphate dan GML. Bagi memudahkan penentuan kadar baja saya akan bahagikan kepada 3 fasa umur yang berlainan. Jadual pembajaan yang disyorkan adalah sebagaimana berikut.

FASA 1 (1-3 tahun)

  • Umur 1 bulan –  Baja Rock phosphate  -  kadar 1.0 kg/pokok/tahun
  • Umur 2 bulan  - Baja Sebatian 44  -  kadar 0.5 kg/pokok/tahun
  • Umur 4 bulan – Baja GML – kadar 0.5kg/pokok/tahun
  • Umur 6 bulan – Baja  Sebatian 45 + boron – kadar 0.5 kg/pokok/tahun
  • Umur 8 bulan – Baja  Sebatian 44 – kadar  0.5 kg/pokok/tahun
  • Umur 12 bulan – Baja  Sebatian 45 + boron -kadar 0.5kg/pokok/tahun
  • Jumlah 3.5kg/pokok/tahun

Umur 2 tahun
- Baja Sebatian 44 – kadar  1.0kg/pokok/pusingan  (3 kalipusingan setahun)
- Baja Rock phosphate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
- Baja Sebatian 45 + boron –  1.5kg/pokok/tahun
Jumlah 6.0 kg/pokok/tahun

Umur 3 tahun
- Baja Sebatian 44 – kadar 1.5kg/pokok/pusingan  (2 kali pusingan setahun).
- Baja Rock phosphate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
- Baja GML – Kadar – 1.5kg/pkok/tahun
- Baja Sebatian 45 + boron- kadar 2.0kg/pkok/tahun
Jumlah 6.5 kg/pokok/tahun

FASA 2 (4-20 tahun)

Umur4-6 tahun
- Baja Sebatian 44 – kadar 2.0kg/pokok/pusingan (2 kali pusingan setahun)
- Baja Sebatian 45 + boron – kadar 2.0kg/pokok/tahun
- Baja Rock phospate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
- Baja GML – kadar 1.5kg/pokok/tahun
Jumlah 9.0kg/pokok/tahun

Umur 7-20 tahun
- Baja Sebatian 44 –  2.5kg/pokok /pusingan (2 kali pusingan setahun)
- Baja Sebatian 45 + boron – kadar 2.5kg/pokok/tahun
- Baja Rock phospate – kadar 2.0kg/pokok/tahun
- Baja GML – kadar 2.0kg/pokok/tahun
Jumlah 11.5kg/pokok/tahun

FASA 3 (21 tahun hingga tebang)

Umur 21 tahun dan keatas
- Baja Sebatian 44 – kadar 2.0kg/pokok/pusingan (3 kali pusingan setahun)
- Baja Rock phospate – 2.0 kg/pokok/tahunJumlah
Jumlah 8.0 kg/pokok/tahun

Anggaran baja yang disyorkan adalah berdasarkan hasil BTS 25 mt/ha/tahun atau 10.12 mt/ekar/tahun di tanah kawasan pendalaman. Sekiranya hasil tahun sebelumnya adalah melebihi 30 mt/ha/tahun, maka tambahkan lagi 2 pusingan sebatian 44 atau tambahkan baja tunggal MOP sebanyak 0.5 hingga 1kg/pokok dan 1kg baja AS/pokok. Sekiranya hasil tahun sebelumnya adalah kurang daripada 20 mt/ha, maka potonglah 1-2 pusingan baja sebatian 44.

Kadar yang disyorkan juga boleh diubahsuai mengikut kesuburan tanah sebagaimana berikut.
- Tanah pesisir pantai yang bertekstur loam liat atau liat dengan saliran yang baik seperti dibahagian pantai barat Semenanjung terutamanya di Batu Pahat dan Pontian – kurangkan satu pusingan sebatian 44.
-Tanah pesisir pantai yang bertekstur pasir – digalakkan untuk menambah 2 pusingan sebatian 44 lagi, akan tetapi kadar yang disyorkan bagi setiap pusingan dipotong kepada 30-50%.
- Adalah disyorkan supaya mengambil sampel daun untuk dianalisa sekurang-kurangnya 2-3 tahun sekali bagi memastikan zat-zat makanan yang diberikan menepati keperluan pokok kelapa sawit dengan seimbang.

-Rekomendasi ini adalah untuk kawasan tanah mineral.  InsyaAllah, saya akan cuba keluarkan rekomendasi pembajaan am bagi kawasan tanah gambut.

Kadar yang disyorkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Bagi menghasilkan program pembajaan yang seimbang dan memenuhi keperluan makanan pokok kelapa sawit, maka analisa-analisa seperti analisa daun, tanah, keadaan cuaca dan sebagainya adalah perlu.
Sekian.

Kelapa sawit

Reading material
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Google
  • MySpace
  • Technorati
  • TwitThis
  • StumbleUpon
  • Live
  • Ping.fm
  • Yahoo! Buzz
banner ad

84 Responses to “Kadar baja kelapa sawit yang disyorkan”

  1. Manjegek says:

    saya menggunakan baja NPK 12:12:36+3%Mg+TE…Penggunaan 2~3 sudu sepokok pasa jarak 3 kaki dari pangkal pokok.Apa pendapat tuan tentang baja jenis ini?

    • Adaem says:

      Pertamanya komposisi baja yang diberikan adalah agak mustahil untuk dihasilkan. Saya yakin analisa makmal tidak akan dpt memberikan komposisi yang dinyatakan.
      Keduanya, untuk kadar satu dan dua sudu adalah teramat sedikit. Kesian pokok sawit tu.
      Kalau boleh belilah baja yang original drpd pengeluar yang berkaliber. Ada juga baja yang menggunakan cap dagang asli seoerti cap kuda singa tapi sebenarnya adalah baja tiruan. Baja tiruan tidak menepati komposisi yang dinyatakan. Awas, penjual dan pengedar baja akan sedaya upaya memujuk tuan dengan bermacam cara sehingga sanggip menipu. Berhati hatilah ketika didampingi oleh mereka.

      • Halim says:

        Salam, setuju dgn pendapat tuan Adaem.
        Susah nak buat baja formula ni, lebih-lebih lagi untuk baja campuran. Baja compound pun susah nak cari campuran sources N,P dan K yg tinggi untuk buat formula mcm ni, kecuali baja ni dibuat dalam bentuk foliar. Setuju dengan pendapat Mr Adaem pasal baja tiruan yang berada di pasaran sebab pernah jumpa. Bungkusan cantik, tapi kandungan dalam cepat hancur walaupun ia granular. Bila hantar test kat lab, semua nutrient di bawah spec. Harganya memang jauh lagi murah dari harga pasaran.
        Halim

  2. Halim says:

    Salam Tuan Adaem
    I nak tanya your opinion. Skrg I design one manuring program for Organic +chemical+soil treatment fertilizer
    program.

    This is for mature palm. Above 8years old. In one year, my program is

    January- start with zeolite 2kg/palm+ 2kg of high N fortified fertilizer.(18-2-2+Mg+boron +TE, OM more than 75%)/palm-

    Cost excluding labour -RM5.00/palm RM740.00/ha

    May -3kg of high K fortified organic (2-2-18+Mg+B+TE)(OM >70%)/palm
    Cost RM 4.50/palm-RM 666.00/ha-excluding labour cost.

    Sept – 2kg of zeolite/palm+ slow release fertilizer(12-12-17+2Mg+B+TE) 1kg/palm-Cost RM 12.30/palm-RM 1820/ha-excluding labour.

    Nov-High K fortified organic fertilizer (2-2-18+Mg+B+TE)(OM>70%).-3kg/palm
    Cost RM4.50/palm-RM 666.00/ha excluding labour

    Total cost per palm/year-RM 26.30/palm excluding labour or RM 3892.00/ha.
    This program for small holder or small estate.I know the cost a little bit expensive from normal. But it good to increase yield and long term soil treatment.

    From your point of view, ok tak with this program or , it is luxury supply atau need to reduce it.

    Thank you

    Halim

    • adaem says:

      Pada saya baja tunggal dan efb adalah yang terbaik dan termurah. Rekod 8 tahun berturut dengan hasil dalam lingkungan 35mt/ha utk keluasan hampir 200 ha. Namun tdk semua small holder mempunyai acces utk mndptkn kompos atau efb dn kalau beli kompos sprt tahi ayam sudah tentu kosnya tinggi. Apa yg en halim cdgkn, agak tinggi kosnya dn sya tdk berapa yakin penggunaan zeolite dlm ekosistem klpa sawit sbb kdr yg diberikan adalah tidak sepadan utk memperbaiki struktur tanah.

      • Halim says:

        Salam Tuan Adaem

        Thank you for your reply.
        Zeolite mmg satu subject yang banyak dibincangkan dan diperdebatkan. Most private estate mcm United Plantation,Sime Darby and etc tak percaya dengan zeolite.However some Goverment agency mcm MPOB and Felcra ada develop fertilizer guna zeolite seperti MPOB F4, dan Felcra sendiri dlm manual recommendation fertilizer -dlm kajisuai Kesuburan tanah 2011 pada tanah gambut ada mention pasal guna zeolite untuk meninggikan CEC tanah.
        Tapi I rasa, most of them tak memahami the zeolite itself and how to make sure what species of zeolite suitable to use in agriculture. Maybe most of them already tried zeolite but with low quality of zeolite plus different species of zeolite that made the trial fail.

        Thank you
        Halim

  3. wak catuk says:

    Salam untuk semua…Wak ada jugak lah buat sawit ni, tak lah banyak.. Bagi wak baja ni tak ada masalah sangatlah. Tapi yang jadi masalah nombor wahid Wak ni pasal tenaga kerja. Sekarang ni orang yang nak kerja kurang sangat. Wak ada tempat yang tak dapat potong 2x sebulan. Kadang kadang sampai 45hari baru dapat potong. Mintak tolong sapa sapa yang ada minat. Kebun Wak kat Kulaijaya Johor (miniestate Risda ulu sanglang)TK.

    • Adaem says:

      Nak cari pekerja tak susah wak. Asalkan sanggup berbelanja lebih sedikit, wak boleh ambil pekerja Indonesia. Namun yang masaalahnya ialah kualiti pekerja tu. Susah nak cari yang macam dulu.

    • Halim says:

      Salam Wak, ada berapa ekar kat sana?
      Halim

  4. Anonymous says:

    Assalamualaikum Bro, Saya baru sahaja menanam sawit sejumlah 500 pokok di kawasan tanah pedalaman (tanah berbukit di teres) dan tanahnya kuning atau kandungan tanah liatnya tinggi di keningau Sabah.Tolong beri panduan:

    1. Kaedah pembajaan dan jenis baja yang disyorkan bagi sawit berumur 0 – 12 bulan.
    2. Bolehkah CIRP (rock Phospat) digunakan bersama dengan baja NPK? Terima kasih Bro.
    (Ahmad Syukri Epat, Keningau Sabah)

  5. khairul says:

    tuan, adakah micro/macro;khususnya yg ber ‘npk foliar fertilizer berkesan utk anak sawit pra-mtg sebagai supplement? Atas pembacaan saya, di nursery stage selalu diaplikasikan, bagaimana pula aplikasinya di ladang; sbg cth utk menggalakkan pertumbuhan pokok muda / pokok yg daunya masih hijau muda etc .Dan sy juga musykil tentang dibolehkan utk mix foliar+racun serangga ..

    • Halim says:

      Salam Khairul
      Based on my experience baja foliar is the best fertilizer to apply. futhermore, foliar fertilizer ni you could formulated a high concentration of every N,P,K and also micro nutrients. Example kalau u pakai baja biasa(granular) source murah dan praktikal bagi Nitrogen adalah urea(46% Nitrogen), bila u buat baja campuran/compound dan campurkan dengan bahan-bahan lain percentage Nitrogen dari urea ni dah berkurangan.

      All the nutrients dalam baja foliar in soluble form, ready to absorbed by plant.
      Dalam baja biasa (graular) kadangkala ditambah dengan unsur chelate seperti EDTA untk elakan dia bergabung dengan unsur koloid tanah.Tujuannya adalah supaya kebanyakan nutrient berada dalam keadaan soluble yang dapat diserap oleh pokok. Tindakbalas penyerapan untuk nutrient oleh akar akan membebaskan hidrogen ion dan menyebabkan keasidan tanah bertambah. So, tu pentingnya untuk penambahan soil amendment seperti agrolite, basalt dalam long term crop seperti sawit.

      Some of foliar fertilizer is sprayed to leaf due some nutrients could be absorbed via leaf cth seperti sulfur,mangan tetapi ia juga bergantung kepada jenis tumbuhan, umur daun dan kepekatan baja foliar tersebut. Rasanya kelapa sawit boleh diapply baja semburan daun sb lapisan kutikel lilin dia tak berapa tebal

      However, it depend on type of soil and cuaca ketika apply. kalau raining season atau peat soil rasa nya tak sesuai guna foliar ni.dan waktu tghari x sesuai untuk membaja.

      Nursery stage ni pun rasa tak sesuai untuk foliar fertilizer, sebab diorang selalu siram,kecuali di tinggikan kekerapan membaja.

      Tentang mix baja foliar dengan racun serangga, rasanya tak ada masalah. Tetapi bergantung kepada jenis racun dan target area. Kalau semburan didaun tu, rasanya tak praktikal kalau dicampurkan baja dan racun tu.

  6. azlan says:

    untuk pemulihan tanah yang telah di korek
    tanah bukit yg telah di ratakan dan telah di tanam anak sawit namun pertumbuhanya kurang memberangsangkan walau telah di bajai.apajah yang perlu di lakukan

    • Halim says:

      Salam Tuan Azlan

      I ada experience dealing with laterit soil(oxisol), di tanah bekas bukit yang dah digondolkan. Top soil zero, OM(organic matter) zero, dan kandungan ferum dan aluminum oxide yang tinggi. Memberikan kesan toksik pada sawit.

      I start with tambakan tanah ,2-3 feet tinggi untuk create a top soil. Biarkan 3-4 bulan sampai bersemak dan baru tanam anak sawit with big hole method. Apply with a lot of organic matter including efb.

      Tapi kalau u dah tanam, I am sure that pokok u akan stunt ,
      terbantut. pokok akan tunjukan symptom kurang Phosforus.
      Akar pun tak pergi jauh.
      Try to correct it using straight fertilizer +semi organic fertilizer with high N.

      Just for sharing. However, rasanya Mr Adaem based on his experience ada penyelesaianya.

      • adaem says:

        Terdapat 2 masaalah utama pada tanah lateritik iaitu kadar pengangan air dan nutrient yang kurang dan kandungan Ferum yang tinggi. Akibatnya pokok akan megalami water stress dan kadar nutrein licik tinggi. Manakala ferum yang tinggi pula akan memegang P dengan kuat atau dikenali sebagi P fixation.

        Bagi menguruskan tanah jenis ini adalah lebih baik bermula daripada menanam sebagaimana En Halim mentioned. Sekiranya ianya berbukit, pembinaan teres atau platform (bergantung kepada kecerunan) adalah penting untuk memelihara kelembapan.

        Semasa menanam, gaulkan EFB-kompos(campuran EFB dan POME yang dikomposkan) dengan tanah dan masukkan kedalam lubang bersama dengan pokok sawit yang ditanam. Jangan lupa taburkan 1.0kg RP ke dalam lubang.

        Lepas tanam – Gunakan platik mulch untuk menutup bulatan – Fungsinya adalah untuk memelihara kelembapan. Baja boleh ditaburkan dibawah plastik mulch. Atau susun EFB dikeliling pangkal – lebihkurang 40 EFB dalam satu lapisan, Namun kaeadh ini terdedah kepada risiko pembiakan oryctes. Applikasi EFB-Compost pada kadar 25-30kg/pokok diikuti pembajaan dengan dos yang kecil tetapi kerap adalah digalakkan. Elakkan meggunakan baja Urea kerana kadar penguwapan tinggi.
        Galakkan pertumbuhan Nephrolepis kerana ia boleh memelihara air.

        Sekiranya ada duit lebih – boleh letakkan Micorhiza ke dalam lubang tanaman. Kalau sudah tanam, scrap permukaan tanah lebih kurang 1/2 kaki sehingga akar kelihatan. kemudian tabur mikroriza bersama EFB-kompost untuk pertumbuhan akar yang baik.

        Sekian

    • Adaem says:

      Sekiranya telah ditanam, sukar untuk diperbaiki namun setakat ni saya rasa langkah yang terbaik ialah aplikasi bahan organik seperti EFB pada kadar 25 mt/ha (tidak digalakkan kearna masalah oryctes) atau EFB kompos pada kadar 50kg/pokok. Usahakan supaya Nephrolepis boleh tumbuh. Gunakan baja yang mempunyai solubiliti yang tinggi seperti Yara Mila, atau baja tunggal seperti MOP, AN/AS, Kieserite dan DAP atau activated RP. Sekiranya tanah padat macam semen di atas permukaan, maka digalakkan untuk menanam baja hampir dengan pangkal lebih kurang 2-3 kaki daripada pangkal.

      Sekian Selamat mencuba

  7. jamal says:

    Membekal baja MPOB F4 25kg/bag harga termasuk penghantaran dari kilang di Johor Bahru ke seluruh Semenanjung Malaysia. harga masih blh dirunding mengikut kuantiti…
    minimun order 10tan. Sila Hubungi untuk pertanyaan :- 0176787824 En Jamal (AGROTECHNOLOGY SERVICES ENT)

    Membekal baja MPOB F1/MPOB F3 50kg/bag.Harga termasuk penghantaran ke tempat anda ke seluruh Semenanjung Malaysia. harga masih blh dirunding mengikut kuantiti…
    minimun order 20tan. Sila Hubungi untuk pertanyaan:- 0176787824 En Jamal (AGROTECHNOLOGY SERVICES ENT)

  8. shahrom b. saioon says:

    Salam tuan,
    Baja apa yang paling sesuai untuk tanah yang selalu terendam oleh air banjir. Didapati pokok tidak mengeluarkan buah walaupun kerap dibaja.

    • Adaem says:

      Tidak baja yang sesuai di kawasan yang kerap terendam.

      Apa yang boleh dilakukan ialah bina sistem perparitan yang mantap. Pastikan air banjir surut cepat, lepas surut baru tabur baja AS atau AC. diikuti oleh baja RP sebulan selepas banjir kering kemudian barulah taburkan baja MOP atau baja sebatian,

    • Assalam,selalunya apa yang kami praktikan jika kawasan terendam ialah mengkaji sistem pengairan,pilih masa yang sesuai untuk membaja,kaedah membaja yg betul dan gunakan baja yang sesuai.Saya pernah cuba baja MAVABEST NPK 10:15:27,tetapi perlu gali tanah anggaran jarak 1-3 kaki untuk tanam baja @ masukan satu sudu baja di celah pangkal pelepah yg sudah dipotong..InsyaAllah

  9. azam says:

    salam semua, boleh saya tanya..baja jenama AS name penuh dia apa????….terima kasih

  10. manno_king says:

    salam tuan,

    mohon sedikit ilmu

    apakah perbezaan diantara benih felda dxp yangambi dan calix 600 atau aa hybrandi 1

    terima kasih

  11. ketengah jaya says:

    tauke kedai baja mengesyorkan baja yara mila sebatian 16:16:16 untuk anak sawit bru tanam sehingga 2 setengah tahun.selapas tu tukar kepada yaramila sebatian 13:13:13 untuk tahun seterusnya..memadaikah hanya menggunakan baja tersebut saja.Buat masa ni saya tengah menanam anak sawit di kebun saya dalam 300 pokok.

  12. Dyante says:

    Salam, minta tlong siapa2 yg bolh emailkan kertas kerja berkenaan penanaman sawit,hasil dari satu metrik ton sawit setelah di proses menjadi minyak berpa litter kah bolh di hasilkan? berapa kah anggran sebuah lori tangker n kilang membotolkan minyak? terima kasih.

  13. Akhtar says:

    Salam rkn2 sawitbiz, mohon pandangan dan nasihat. Apakah baja yg sesuai utk tanah jenis tanah liat keputih-putihan. Jika hujan kerap menakung air. Anak sawit yg ditanam agak kurang subur berbanding kawasan lain yang tanahnya jenis kmerah-merahan.Terima kasih..

    • Man says:

      Saya pernah mengalami masalah yang sama. Biasanya tanah jenis ini adalah jenis liat berkelodak. Kandungan lodaknya (silt) adalah tinggi. Boleh diatasi dengan apply EFB. longgokan EFB dalam satu lapisan sahaja. Kadar yang biasa disyorkan ialah 50mt/ha atau 1.5 mt untuk empat pokok. Di letakkan ditengah-tengah untuk 4 pokok. Paling berkesan apabila ada lebihan EFB dan apply disepanjang lorong timbunan pelepah.

      Tanam baja sedalam 1 kaki.

    • razali says:

      Saya cadangkan guna baja tong bio-organik ‘booster_vita’ 10kg boleh guna 3ekar

  14. man.dkd says:

    as salam saya ada kebun sawit berumur 3 thn di kwsn tanah gambut…apa baja yg sesuai untuk tanah gambut….& kuantiti yg betul utk sepokok….

  15. ahmad says:

    ..salam..kenapa tuan langsung tidak mengesyorkan penggunaa baja MPOB F4 keluaran All Cosmos?..apakah baja mereka tidak berkualiti?..tidak seimbang?..tidak sesuai untuk sawit?..sedangkan penggunaannya disyorkan sendiri oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia..adunan baja tersebut juga merupakan rumusan MPOB..bukankah ia boleh dianggap antara baja yang terbaik?..ingin mengetahui..

  16. jue says:

    salam. sy baru tanam sawit, ada 170 pokok. benih risda. tanah sedikit berbukit. baru 2 minggu tanam (4/10/2011 siap tanam). baja akar sudah letak guna crp.

    1. untuk memastikan pokok hidup subur dan boleh mengeluarkan hasil yg baik, mcm mana cara dan apa baja yang sesuai (ccm44 @ ccm45 @c cm45+boron @ zeolite @ realstrong) pada peringkat ini?

    3. cara, sukatan dan kekerpan membaja?

    3. adakah zeolite lebih elok dari ccm 44?

    4. minta buat perbandingan anggaran kos guna baja antara ccm 44 dengan zeolite ( untuk 170 pokok sawit), dari segi penggunaan, sukatan dan kekerapan membaja serta hasil yang yg patut diperolehi.

    5. mana saya nk beli sebatian 44 ni? cari di inetenet x dpt. sy temerloh pahang.

    terima kasih.
    # baru berjinak nk jadi pekebun sawit.
    kebanyakan org sini pakai 15 15 15.

    • Tam says:

      salam jue..

      untuk memudahkan mencari dan pemilihan baja sila ke pejabat peladang di bukit angin temerloh. di situ terdapat pelbagai baja disebutkan tu..

  17. Nizam says:

    Salam. Saya baru ambil alih kebun sawit tanah gambut di pekan nanas yang tidak dijaga dengan baik. Ada lebih kurang 200 batang pokok yang berusia 10 tahun. Masalah saya ialah,
    1. Daun pokok sawit berwarna kekuningan, bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
    2. Ada beberapa batang pokok mengalami patah dahan muda. Kenapa ia terjadi?
    3. Apakah baja yang sesuai untuk pokok sawit tersebut?
    4. Adakah kebun sawit yang bersih dari rumpai adalah kebun sawit yang terbaik?

    • Zech says:

      Saya membekal pemulih kesihatan pokok yang dapat membantu masalah seperti menghijaukan daun yang kekuningan, menguatkan dahan pokok. Pemulih ini berfungsi membaikpulih kulit dan daun pokok, menambah daya penyerapan baja pokok dan menambah keberkesanan racun justeru mengelak dari pokok rosak. Ia juga mengawal bau yang dikeluarkan oleh racun. Oleh disebabkan ia membantu daya penyerapan baja, hasil atau buah sawit juga menjadi lebih berkualiti, berat dan menjamin hasil perahan yang banyak. Setelah digunakan, perubahan pada pokok boleh dilihat pada kadar biasanya (mengikut pengalaman dan testimoni), dalam 15 hari sahaja. Harga sebotol iaitu untuk 80 batang pokok jatuh pada harga RM28 sahaja. Jadi, kosnya cuma RM0.35 untuk sebatang pokok. Jika anda ingin sendiri melihat hasil dan pengalaman dari orang yang pernah menggunakannya, sila hubungi saya di nombor 012-6894617. Kawasan terdekat dari pekan nanas yang saya pernah bekalkan ialah felda inas, kulai.

  18. mohd zaidi says:

    Salam tuan ….

    1.bagi pokok yang umur bawah setahun berapa jarak taburan baja dari pangkal pokok?

    2.pekebun kecil ditempat saya hanya gunakan baja sebatian npk 15 % 15% 15% +2s dari pokok kecil sampai besar….boleh ke camtu..apa kesannya?

    • Adaem says:

      Waalaikumsalam,

      1. Jarak taburan baja ialah dalam bulatan sekitar mencakupi pelepah yang paling hujung hingga ke pangkal atau sekitar 2-3 kaki daripada pangkal. Namun sekiranya pokok dibawah 3-4 bulan, taburkan baja seberapa dekat dengan pangkal.

      2. Baja 15:15:15 hanya sesuai untuk pokok hiasan berdaun dan berbunga. Untuk kelapa sawit , ianya akan jadi tidak seimbang dan mengakibatkan kekurangan nutrisi dan seterusnya memberi kesan kepada hasil. Baja sebatian 44 adalah yang sesuai untuk kelapa sawit.

  19. cikgu kk says:

    hai…warga pekebun sawit…saya ada beberapa ekar sawit yang baru diambil alih…masalahnya pokok sememangnya sudah lbh kurang 10 tahun tetapi pemilik lama tidak mengurus baja dengan baik menyebabkan pokok tidak menghasilkan buat…persoalannya…
    1. bolehkah pokok ini dipulihkan semula untuk berbuah melalui baja?
    2. kalau boleh, baja apa yang dicadangkan dan kuantitinya bagaimana supaya cepat berbuah balik?
    3. adakah lebih baik bagi saya tanam semula je? sebab perancangan saya untuk sulam sahaja dan tunggu pokok kecil berbuah baru hapuskan pokok lama…apa pandangan tuan?
    timekasih….

    • effendy says:

      Untuk memulihkan kembali kesuburan tanah dan memulihkan kembali kesihatan pokok sawit Saya syorkan menggunakan baja zeolite dan baja ben smart sebagai booster buah sawit, insyaallah segala masalah boleh diselesaikan.
      untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya
      Effendy di 019-3533306

      “bersama memelihara alam sekitar”

  20. Fizah says:

    slm..wbt…
    maafkan sy… mungkin soalan sy tak de kena mengena dengan cara nak menyuburkan kelapa sawit… sy sedang membuat kajian di kawasan mersing… boleh tak sy minta tolong daripada sesiapa yang tahu, dari mana saya boleh dapat maklumat kadar penggunaan baja pada tahun 2010 oleh ladang kelapa sawit di kawasan mersing…terutamanya area betul2 dekat bandar mersing… pada tahun 2010, berapa usia pokok kelapa sawit kat mersing ye? terima kasih banyak2…maklumat encik semua sgt st hargai… kepada sesapa yang mempunyai maklumat, inform sy di 017-9302511 (Noor Affizah, Pelajar Sarjana UKM)

  21. liando says:

    sy mempunyai kebun keapa sawit seluas 13 ekar tetapi ada sebilangan pokok sawit yang berbunga dan berbuah dan ada sebilangannya masih belum berbunga dan berbuah. sebab umur pokok sawit yg saya tanam adalah sama. oleh itu sy nak tahu kenapa perkara itu berlaku? apakah jenis baja yang boleh menghasilkan buah kelapa sawit yang berkualiti ?

    • Adaem says:

      Perkara ini terjadi kerana terdapat variability antara pokok. Ini biasa terjadi di pokok dari benih kacukan DXP dan biasa terjadi pada pokok yang berumur 10 tahun keatas. Pokok dibawah 10 tahun, kebiasaannya peratusan pokok yang mengeluarkan buah adalah tinggi lebih kurang 7-8 pokok/10 atau 70-80%. Keadaan ini juga bergnatung kepada moisture, jenis tanah dan pembajaan. Pemilihan benih juga penting, anak sawit yang abnormal yang secara tidak sengaja ditanam juga akan menyebabkan kurangnya buah atau tidak berbuah langsung walaupun pada umur muda. Baja yang seimbang adalah penting dalam pengeluaran buah. Tuan boleh gunakan baja YARA Palmae atau CCM44. Nutreint yang penting untuk buah ialah Kalium atau K2O yang boleh diperolehi daripada baja yang dinyatakan tadi. Tuan juga boleh menambah K2O degan aplikasi MOP kerana MOP ada 60% K2O berbanding dengan CCM44 yang hanya ada 23% K2O. Namun tuan tidak boleh membaja MOP sahaja kerana nutreint lain juga penting dalam proses pembentukan buah.

    • effendy says:

      Saya syorkan menggunakan baja zeolite dan ben smart, insyaallah segala masalah boleh diselesaikan.
      untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya
      Effendy di 019-3533306

      “bersama memelihara alam sekitar”

  22. ryzal says:

    Aslmkum dan selamat,
    Saya baru menceburi bidang penanaman kelapa sawit..
    Saya baru membuka tanah hutan yg baru di tebang utk penanaman K.sawit..Tanah hutan bersebelahan sungai dikiri kanannya (2 sungai yg berbeza bercantum jadi 1 sungai),pada musim tengkujuh kawasan ini akan dinaiki air kebiasaannya selama seminggu dan normal semula.. tidak jauh dr tempat saya di kelilingi pokok sawit yg baru ditanam semula oleh Felda..
    saya ada pertanyaan2 yg berkenaan:-
    1)bagaimana hendak menguji kesuburan tanah? apakah alat2 nya atau dimana tempat utk saya belajar berkenaan ini semua?
    2)Berkenaan benih apa yg paling sesuai dan yg terbaik pada masa sekarang.. kerana banya pihak yg memeningkan kepala memberi cadangan seperti D x P, yangambi(yg felda tanam semula skrg)..camara yangambi..malah ada pihak yg mengesorkan klon benih baru SUPREME yg katanya menghasilkan 2 kali ganda berbanding benih yg Felda gunakan d x p yangambi..
    Info benih amat penting bagi saya kerana jika tersilap benih akan mengakibatkan kerugian dan kesusahan pada saya kerana modal yg terhad..
    3) ada pihak Baja dari sykt Diamond Interest mencadangkan saya gunakan baja cecair produk mereka iaitu D.I. Grow dan testimoni telah mereka tunjukkan di you tube dimana pekebun dari Batu Pahat, Johor yg menanam dgn BENIH SUPREME dan Baja D.I.GROW yg berterusan mampu menghasilkan buah begitu cepat selepas 19 bulan ditanam dan buahnya penuh kelling pokok..
    Pertanyaan saya adakah info mereka berkenaan Benih SUPREME dan baja D.I.GROW semua ini benar? atau sekadar utk melariskan produk mereka..
    MINTA JASA BAIK DAN NASIHAT DARI PIHAK TUAN.. TERIMA KASIH..

    4)Bagaimana petua dan cara2 yg ekonomi dan berkesan menangani serangan Babi Hutan selain dari meletakkan plat zink yg dikepongkan keliling anak benih yg baru ditanam..minta ILMU dan Pelajaran dari semua yg berpengalaman..ILMU dan pelajaran yg saya dapat amat berguna bagi saya..

    • Adaem says:

      Waalaikumsalam tuan ryzal,

      1. Alat yang paling ringklas ialah alat penentuan pH. Selain daripada itu ialah analisis yang perlu dijalankan dimakmal. Tuan juga boleh tentukan kesuburan tanah melalui pemerhatian dan tekstur tanah tersebut. Tanah yang baik biasanya mepunyai tekstur loam atau clay loam atau sandy clay loam dan mempunyai pengairan yang baik yang biasnaya boleh diperhatikan dengan warna coklat kemerahan. Siri tanah yang baik untuk sawit ialah segamat, rengam, serdang, muchong dan juga tanah yang berasal dari pemendapan lanar laut. Tuan boleh ke pejabat pertanian daerah untuk mengetahui secara am jenis tanah tuan.

      2. FELDA adalah pengeluar benih yang sgt berpengalaman dan diuji dalam banyak keadaan. DxP yangambi adalah antara yang terbaik. Sime darby juga ada mengeluarkan benih terbaru yang diberi nama Calix. Namun kebiasaannya pihak pengeluar amat jarang untuk berikan benih elite mereka. benih elite biasanya digunakan sendiri. Untuk benih supreme, saya takde pengalaman mengenainya. Sekarang ni memang ada benih klon yang boleh menghasilkan yield yang tinggi, namun harganya agak mahal dan kurang sesuai dengan pekebun kecil yang menghantar BTS ke kilang orang lain.

      4. Untuk baja cecair, setakat ni saya tidak percaya dengan baja cecair kerana kandungan nutrient yang sedikit tapi mahal. Untuk pengethauan, kawasan batu pahat adalah antara kawasan yang subur, tanahnya terhasil daripada mendapan lanar laut yang kaya dengan nutrein, disini akalau tak pakai baja pun hasil boleh tinggi. Hanya tambah sedikit nutrient boleh tingkatkan hasilnya. kalau meraka yang bijak, mereka hanya perlu gunakan baja sebatian yang berjenama yang diimport dengan kadar yang sedikit dan sudah tentu jauh lebih murah daripada baja cecair, dan ia sudah memadai untuk meningkatkan hasil.

      5. Untuk menghalau babi, ada juga yang mencadangkan diletakkan rambut manusia dan ada juga yang meletak cili atau tanam pokok cili yang dah berbuah. Setakat ni zink collar adalah yang berkesan. Kalau nak umpan babi boleh gunakan ubi kayu yang direndam dengan racun zinc phosphide.

      Sekian. Minta maaf sekiranya jawapan kurang memuaskan.

      • ryzal says:

        k..terima kasih bro..
        jadi saya nak mintak nasihat dari saudara
        buat permulaan ini boleh tak saudara beri no. contact sebab saya hendak bercerita dan bertanya di dlm talian utk saya lebih faham..utk pengetahuan projek saya di Felda Tenggaroh 1, mersing,johor.. ii no ctc saya 0192776762 (ryzal)

      • bolhi says:

        salam,

        sebagai tambahan untuk jawaban 5.gantung botol mineral yang diisi malation sedikit,sekitar 0.5 mtr dari tanah.tebuk lobang bahagian atas dan payungkan dengan bahagian atas botol mineral besar untuk mengelak dimasuki hujan.letak pada jarak yang baunya tidak putus.

    • Razak says:

      Cara nak menjauhkan babi ialah dengan menggantungkan minyak wangi(minyak atar).he he..betul ni,ada masa tukar yang baunye lain pulak.
      Lagi satu tanam bila benih dah cukup besar.agak agak tingginye 4 kaki.tak tersondol babi tu.tebiatnye makan umbut sawit tu dan jika tanah sekeliling sawit tu masih merah kata orng.pijak pijak sikit bagi kejap dan tutup dengan rumput.
      semoga bermenafaat.

    • pesa says:

      baik awk guna benih dari DP.united plantation

    • effendy says:

      Pokok sawit adalah benda hidup, lumrahnya segala nutrien haruslah melalui akar. mmg ada baja yang mampu menghasilkan buah dgn cepat namun kesan sampingannya adalah jangkahayat pokok itu sendiri. penggunaan baja semulajadi yang dianugerahkan oleh alam semulajadi adalah yg terbaik. Untuk memulihkan kembali kesuburan tanah dan memulihkan kembali kesihatan pokok sawit Saya syorkan menggunakan baja zeolite dan baja ben smart sebagai booster buah sawit, insyaallah segala masalah boleh diselesaikan.
      untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya
      Effendy di 019-3533306

      “bersama memelihara alam sekitar”

      • Joe says:

        Saya setuju dengan penggunaan baja semulajadi. I akay dengan nutrisi. Untuk pengetahuan baja semualajadi yang amat berkesan ialah baja daripada mendapan semulajadi seperti baja kieserite dan MOP (iaitu dari mendapan air laut) dan RP daripada batu semulajadi. Untuk zeolite – minta maaf, pada saya zeolite tidak mempunyai nilai tambah yang banyak kepada pokok sawit. Sorry ya, sebab belum terbukti secara saintifik ya, kebanyakkannya info hanya diberikan oleh pembekal yang melebih-lebihkan infonya. Kalau berani buktikan dulu dan present di persidangan PIPOC.

    • mamat mat says:

      boleh gunakan pagar letrik memang effective kos tak tinggi boleh share pengalaman 0129816245

    • Anonymous says:

      Cakap elok2 dgn babi hutan tu jgn dikacau sawit or pokok2 yg ditanam.insyaAllah babi hutan pun mahkluk Allah yg faham…tak percaya try buat.sy dah try cara org lama2 ni pada ladang sawit sy 20ekar alhamdulillah…..

    • malih ali hamid says:

      Sya apply kaedah gantung cd smda bli atau trpakai,1pokok 1cd.cubalah

  23. ibrahim bin talib says:

    Saya ada kebun di Selama Perak.Masalahnya,wakil penjual baja di sana sentiasa tiada baja 45 B.Dia hanya membekalkan 44 sahaja.Pokok saya tiada buah.Saya perlukan 45 B untuk berbunga.Harganya sangat berbeza jika dibandingkan dengan N.Kedah dan Penang.Bagaimana ini boleh terjadi.

    • Adaem says:

      Saya minta maaf sebab tidak tahu kenapa ianya boleh terjadi, kemungkinan bekalan tidak mencukupi atau kemungkinan kilang baja jauh atau mungkin juga komisyen untuk peniaga sikit.

      Sekiranya tiada baja 45 tidak mengapa. Untuk berbunga pokok sawit perlukan kadar K2O yang tinggi. K2O dalam 44 adalah lebih tinggi drpd dalam 45 iaitu 22% dalam 44 tapi hanya 17% dalam 45.

      Memang benar kalau Boron kurang maka pollen tube sukar untuk terbentuk. Namun anda boleh atasianya dengan menggunkan HGFB dengan kadar 80-100gm sahaja per pokok dan tidak perlu diapply setiap tahun.

      Kalau nak tengok simptom kekurangnnya, lihat pada pelepah muda samada ada simtom hook leaf atau crinkle leaf tak?

      Kalau takde, Ok lagi le tu, Bunga tetap akan keluar selgai pokok tak stress. Kalau stree tu bunga jantan le yang keluar.

      Sekian

    • yahyadarus says:

      Saya menggunakan baja sawit iaitu sinergizer for oil palm. Hasil terhadap pokok memang baik. Dari segi penambahan hasil memang menggalakkan dan terbukti boleh merawat kembali jenis kerosakan pada pokok seperti tumbuhnya akar2 yang baru serta daun lebih hijau dan lebar. Penggunaan baja ini adalah melalui suntikan terus pada batang pokok dengan menebuk lubang terus pada batang pokok.

      Persoalannya disini, adakah dengan penggunaan baja ini secara menebuk terus ke batang pokok akan merosakkan pokok tersebut dalam jangka masa panjang….

      • Adaem says:

        Saya pernah apply baja micronutrient secara suntikan kedalam batang. Kesan permualaan agak teruk kerana daun terbakar, mungkin terlebih dos. Namun selepas beberapa kali apply pokok kembali pulih. Kajian masih dijalankan dan setakat ini tidak nampak sebarang kesan sampingan. Namun secara teorinya, saya andaikan akan ada kesan sampingan kerana luka dibatang secara berterusan. Lubang yang sama kemungkinan tidak boleh digunakan kerana diliputi oleh tisu yang mengeras. Mungkin ada pembaca lain yang mempunyai pengalaman yang tidak keberatan untuk berkongsi.

    • effendy says:

      Untuk memulihkan kembali kesuburan tanah dan memulihkan kembali kesihatan pokok sawit Saya syorkan menggunakan baja zeolite dan baja ben smart sebagai booster buah sawit, insyaallah segala masalah boleh diselesaikan. Malah masalah melawas juga dapat diselesaikan.
      untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya
      Effendy di 019-3533306

      “bersama memelihara alam sekitar”

  24. EN.BONAR says:

    TUAN,
    saya ada kelapa sawt yg berumur sekitar 3thn apakah jenis baja yg di syorkan oleh tuan,adakah baja ‘bio-organik’

    • Adaem says:

      Salam,

      Jenis baja yang syorkan secara amnya adalah sebagaimana yang saya tulis dalam artikel diatas. Namun untuk jadual pembajaan yang lebih seimbang, analisa daun, keadaan ladang, analisa tanah, jenis tanah, data hujan dan hasil yang sebelumnya adalah diperlukan.

      Terima kasih

  25. jAcKhErrY says:

    TUAN BAGAI MANA MENJAGA KELAPA SAWT MENJADI CEPAT MEMBESAR…

    • Adaem says:

      Untuk medapatkan tumbesaran yang cepat tuan hanya pastikan pembajaan dan penyelangaraan kelapa sawit dijalankan secara teratur. Tumbesaran juga bergantung kepada cuaca dan jenis tanah. Pembuangan bunga dan buah pertama pada ketika sawit berusia 15-16 bulan boleh mempercepatkan tumbesarannya. Ada juga yang menggunakan plastik penutup bulatan (palm cirlce) atau AA+ mulch untuk mengawal rumpai. memelihara kelembapan dan mememinimumkan kadar kehilangan baja yang mana secara tidak langsung boleh mempercepatkan tumbesarannya. Namun segala bermula daripada pemilihan benih yang baik, sekiranya benih tidak berkualiti dan tidak diketahui secara sah asal usulnya, maka dikhuatiri ianya diperolehi atau dicampur dengan benih dibawah pokok yang berkemungkinan pokok jantan.

      Sekian

    • effendy says:

      gunakan baja Zeolite insyaallah berkesan dan mempercepatkan proses pembesaran pokok sawit.
      Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.
      effendy 019-353 3306

  26. Linggir says:

    Tuan,
    Saya menpunyai kelapa sawit yg berumur 3thn apakah baja yg tuan syorkan.
    Apakah gunanya baja tunggal MOP dan haruskan saya guna pada umur sawit 3thn.
    Berapkah jarak perbajaan yg sesuai?

    • Adaem says:

      Salam,

      Sila rujuk jadual pembajaan yang telah saya berikan diatas.

      Baja MOP ialah baja yang digunakan untuk membekalkan nutreint K. Secara amnya K adalah perlu dalam pembentukan bunga dan buah. K juga adalah penting bagi mengawal liang stomata terutamanya ketika waktu kemarau. K juga berguna kepada pokok bagi meningkatkan ketahanan terhadap serangan penyakit.

      Sekiranya anda telah berikan baja sebatian secukupnya maka MOP adalah tidak perlu kecuali hasil BTS anda melebihi jangkaan. Baja sebatian juga telah dilengkapi nutrient K.

      Jarak pembajaan yang sesuai ialah 3-4 minggu untuk pokok kecil dan 2 bulan sekali untuk pokok besar.

      Sekian

    • mukhlis says:

      Salam Tuan,

      Tak ingin mencuba baja bio-organik?

      Lebih “smart”, jimat dan mesra alam.

      • Zul says:

        Salam,

        Bukan tidak berminat dengan baja Bio-organik, kena tengok NPK berapa % dulu, biasanya bioorganik mengandungi sedikit NPK, dan disebabkan itu kita kena gunakan dengan banyak dan biasanya baja ini mahal harganya.. Bahan organik yang paling terbaik di ladang kelapa sawit ialah EFB atau biocompost. Itu pun kena juga back-up dengan tambahan NPK.

        Pada saya, baja bio-organik ini lebih sesuai untuk cash crop contohnya sayur-sayuran.

        • effendy says:

          Masalah menggunakan baja dari EFB adalah kemungkinan merebaknya wabak ganoderma.
          Kebanyakan pelanggan saya yang merasakan penggunaan baja NPK mahal mereka menggunakan baja zeolite. Namun harus juga berhati-hati dengan baja zeolite yg terdapat di pasaran. Baja zeolite keluaran kami MECHAZEO adalah yg dijamin asli. untuk penerangan lanjut sila hubungi saya effendy 019-353 3306. insyaallah kami dapat membantu.

          • Joe says:

            Minta maaf, jangan sebarkan maklumat yang belum pasti. Ganoderma tidak boleh merebak pada tisu yang telah mati, EFB telah melalui proses stim dengan suhu yang tinggi dan tisunya telah mati. Boleh confirmkan dengan Dr Idris dari MPOB.

  27. azman says:

    salam tuan,

    macamana kita hendak memastikan baja yang di gunakan adalah bersesuaian dengan jenis tanah kebun kita.

    tq

    • Adaem says:

      Tuan,

      Kebanyakkan baja yang berada dipasaran adalah bersesuaian dengan tanah-tanih di Malaysia. Cuma ada beberapa baja tertentu yang tidak digalakkan untuk diberikan ditanah-tanah yang tertentu contohnya:-

      1. GML atau ground magnesium limestone adalah tidak sesuai di tanah gambut.
      2. Tanah berpasir pula perlukan bahan organik yang banyak seperti EFB. Gunakan baja sebatian 44 dengan kadar yang sedikit pada setiap pusingan namun lebihkan pusingan dalam setahun. Ini untuk mengelakkan leaching. Urea juga tidak sesuai dikawasan berpasir dan kawasan yang baru ditanam kerana kadar pengewuapan yang agak tinggi.
      3. RP pula diperlukan dengan banyak dikwasan tanah yang mengadungi unsur Ferum dan kandungan clay yang tinggi kerana tanah jenis ini memegang unsur P dengan kuat. – Juga digalakkan untuk menggunakan bahan organik agar P mudah dilepaskan kepada tanah.
      4. Tanah teres yang dipotong juga memerlukan bahan organik yang tinggi.
      5 Tanah gambut pula memerlukan unsur mikro nutrient seperti zn, copper dan boron. kadar keperluan Kalium atau K juga adalah tinggi namun keperluan N adalah sedikit kecuali dikawasan gambut muda seperti di Sarawak.
      6. Tanah persisir pantai yang bukan pasir – tidak perlukan K yang banyak kerana tanah ini adalah lebih subur dengan kandugan K yang agak tinggi.

      Namun apa yang penting adalah untuk memastikan baja yang diberikan adalah seimbang dan mencukupi bagi keperluan sawit. Untuk itu analisa daun dan tanah adalah perlu. Baja-baja tunggal adalah yang terbaik berbanding baja sebatian namun ia memerlukan pengetahuan agronomy bagi mengadunkannya agar ianya seimbang untuk keperluan sawit.

      INsyaAllah satu masa nanti saya akan cuba kupaskan dengan lebih mendalam tentang kesesuain tanah-tanih di Malaysia dan pembajaannya.

      Sekian terima kasih

    • effendy says:

      Guna saja zeolite, sesuai untuk apa juga jenis tanah. untuk maklumat lanjut sila hubungi saya effendy 019-3533306

  28. Arman Kassim says:

    Salam dan selamat sejahtera

    Dari pengalaman tuan, saya ingin bertanya antara baja jenama CCM,YaraMila dan Zagro yang manakah paling stabil nutrient dan mudah larut resap?

    Terima Kasih

    • Adaem says:

      Salam Tuan,

      Pada pendapat saya YARA Mila adalah antara baja yang berkualiti, cepat larut resap dan kandungan nutreintnya juga adalah stabil. Akan tetapi harganya agak mahal kerana bajanya diimport daripada Norway. CCM juga adalah baja tempatan yang tidak kurang dari segi kualitinya dan ianya adalah lebih murah. Berkenaan larut resap, tidak perlu khuatir kerana pokok sawit mempunyai akar yang cekap untuk menyerap apa sahaja nutrient yang tidak difixed oleh tanah, Asalkan baja tersebut tidak dibawa oleh air larian akibat hujan dan tidak cepat meruap oleh kepanasan matahari, maka nutreint tersebut akan diambil oleh akar.

      Pada saya menggunakan baja tunggal seperti MOP, RP, AN, GML/kieserite, HGFB adalah yang terbaik dan ekonomik. Baja-baja ini sekiranya di beri dengan seimbang dan secukupnya dan ditambah pula dengan aplikasi EFB atau kompos boleh memberikan hasil yang tinggi tanpa modal yang besar seperti penggunaan baja sebatian atau slow release.

      Minta maaf saya tidak ada pengalaman dengan Zagro.

      • effendy says:

        ye tuan moderator, baja slow release atau lebih di kenali dgn nama zeolite adalah baja terbaik bagi menyelesaikan masalah penggunaan baja yg mahal. saya syorkan saudara menggunakan baja zeolite. sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.
        effendy 019-3533306

  29. abunor says:

    Tuan,
    Apa jenama baja yang tuan nyatakan di atas. Baja CCM ke atau baja All Cosmos ke atau Cap Kapal Viking ke atau Behn Meyer ke atau …

    • Adaem says:

      Tuan,

      Terima kasih kerana bertanya.

      Baja yang saya syorkan adalah dari jenama CCM bagi baja sebatian. Baja cap kapal viking yang dikeluarkan oleh YARA Mila adalah yang terbaik namun harganya agak mahal sedikit tetapi kandungan nutrientnya agak stabil.

  30. Aminda224433 says:

    Salam dan selamat pagi,

    Disini sy ade mengesan beberapa info yang agak meragukan sy.

    FASA 1 (1-3 tahun)

    Umur 12 bulan – Baja ‘Sebatian 44 + boron’ -kadar ’0.kg/pokok/tahun’

    Baja sebatian 44 ade plus boron ke? setahu sy baja sebatian 44 xde plus boron..dan brape kadar yg disyorkan bagi baja sebatian ni?

    • Adaem says:

      Tuan,

      Minta maaf sebab baja sebatian 44 + boron itu telah tersilap key-in, sepatutnya ialah baja sebatian 45 + boron

Leave a Reply

Powered by Wordpress | Sawitbiz Sawitbiz