Perkongsian info sawit

Baja bio organik cecair

Salam,

Fuhhh, betul-betul sibuk bulan lepas sampai nak update blog pun tak sempat.  Hari ini barulah dapat jengok-jengok sikit blog sawitbiz ini.  Rupa-rupanya ramai juga yang singgah di blog sawitbiz ini.  Minta maaf banyak-banyaklah ye sebab lama sangat rasanya tidak di updatekan.

Bagi memulakan bicara pada kali, izinkan saya untuk mengupas isu baja cecair bioorganik.  Sebenarnya, sudah lama saya berhasrat untuk bercerita berkenaan baja bioorganik cecair ni.  Kebetulan pula, ada satu group daripada pengilang baja bioorganik cecair berjumpa dengan saya untuk memperkenalkan produk mereka.  Sebenarnya sebelum ini terdapat juga beberapa pembekal dan pengilang yang berjumpa dengan saya dan minta maaf saya katakana, saya terpaksa menolak mereka ni menta-mentah.

Baru-baru ini juga saya ada terbaca iklan baja bioorganik cecair dariapda jenama lain di dada akhbar.  Saya rasa tidak perlulah untuk saya mendedahkan jenama tersebut.  Apa yang penting ialah cara pemasaran mereka yang menyakinkan walaupun bertentangan dengan hukum asas alam itu sendiri.

Mereka ada satu stereotaip yang sama dan selalu menggunakan kaedah promosi yang lebih kurang sama. Antaranya, ‘tidak perlu baja inorganik’,  ‘biarkan mikrob hasilkan zat makanan kelapa sawit”, “wang jimat, kadar dos yang rendah, hasil tinggi”,  “baja lengkap, tidak perlu tambahan” , “cuba ubah mindset anda” dan pelbagai ayat-ayat promosi lain yang mengujakan.  Bukti dan testimoni pula diambil daripada ladang-ladang kecil yang datanya tidak sampai 2 tahun.   Ada juga yang menunjukkan saiz tandan yang besar yang mencapai sehingga 100kg.

Apabila ditanya berapa kadar yang direkomendasikan , jawapannya mudah, tidak perlu banyak. Kenapa tidak perlu banyak? Sebab baja ini ada mikrob yang boleh menguraikan zat makanan daripada tanah.  Dan yang paling kelakar apabila saya bertanyakan soalan adakah produk ini sesuai ditanah berpasir yang kandungan mineralnya 100% SiO2 tanpa perlu diberikan baja tambahan.  Tanpa ragu-ragu mereka menjawab ya 100% boleh malah kononya baja mereka boleh memperbaiki struktur tanah berpasir dan seterusnya meningkatkan hasil.

Kadang-kadang nak marah pun ada, kelakar pun  ada. Kalau tak tahu jangan membabi buta bagi jawapan. Ini yang saya katakan bertentangan dengan alam.  Kalau dikawasan gambut mungkin saya boleh terima sebab kawasan tersebut kaya dengan zat makanan yang terhasil daripada pereputan bahan organik.

Secara asasnya adalah mudah. Setiap benda hidup perlukan makanan.  Ini termasuklah mikrob. Ia juga perlukan makanan dan makanan mereka adalah bahan organik yang kaya dengan karbon.  Jadi kalau ditanah 100% berpasir, mana nak cari bahan organik.  Okeylah, mungkin boleh ditambah dengan biokompos dan masaalah makanan boleh selesai dan katakanlah mikrob ini boleh hidup.  Jadi bagaimana pula dengan zat makanan yang boleh dihasilkan oleh mikrob untuk pokok kelapa sawit ini? Anda rasa dari mana agaknya mikrob ini boleh mencari punca zat makanan? Okeylah kalau Nitrogen mungkin boleh, sebab boleh didapati dengan banyaknya diudara. Bagaimana pula dengan zat makanan yang lain seperti potassium, phosphorus, magnesium dan lain-lain sedangkan pasir tersebut hanya ada 100% SiO2.

Yang keduanya pula berkenaan dengan dos rendah yang digunakan.  Ada dos yang hanya perlukan sebanyak 2 sudu makan per pokok per aplikasi. Kalau 4 kali aplikasi dalam setahun, maka ia bersamaan dengan 8 sudu makan yang juga bersamaan dengan 80ml.  Ada juga yang menaikkan dos sehingga satu liter atau 1kg/pokok/tahun.

Hasil tandan sawit untuk satu pokok dalam masa setahun adalah leih kurang 150kg-200kg.  Andaikan 5% daripada berat tandan adalah zat makanan seperti N,P,K,Mg dll yang terdapat dalam tandan tersebut.  Ini bermakna terdapat lebih kurang 7.5kg hingga 10kg zat makanan yang terdapat didalam tandan-tandan seberat 150-200kg.

Andaikata kesemua 1liter atau 1kg zat makanan yang diberikan  boleh diambil oleh pokok kelapa sawit, adakah hasil boleh mencapai sehingga 150kg berat tandan-tanda segar?  Kalau dikira secara terus, maka 1kg baja bioorganik cecair hanya boleh menghasilakan jumlah berat tandan sekitar 1kg/5% = 20kg sahaja.  Kalaupun mikrob boleh menguraikan zat makanan daripada tanah-tanih, namun perlu diingat kebanyakkan ladang-ladang dan kebun-kebun kecil kelapa sawit juga telah diguna pakai untuk tanaman sawit sekurang-kurangnya untuk 2 generasi tanaman kelapa sawit.

Jadi adakah anda rasa masih ada lagi zat makanan yang tinggal yang boleh di uraikan oleh mikrob.  Saintis tanah juga menyatakan bahawa tanah-tanih di Malaysia adalah yang paling tidak subur.  Malah jumlah populasi manusia juga boleh dikatakan sebagai indikator kesuburan tanah sesebuah negara.  Tidakkah anda terfikir kenapa jumlah populasi di negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina adalah lebih tinggi daripada di Malaysia.  Kesuburan tanah-tanih mereka adalah diakui contohnya Indonesia dan Filipina yang diliputi oleh tanah gunung berapi yang kaya dengan zat-zat makanan, manakala Thailand pula mempunyai kawasan delta yang luas dan subur.

Secara rasionalnya sejarah penempatan dan perkembangan populasi manusia adalah berkait rapat dengan kawasan-kawasan yang subur.  Jadi secara asasnya, tanah di Malaysia memerlukan baja luar yang mencukupi bagi menampung keperluan tanaman itu sendiri terutamanya kelapa sawit yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadap zat-zat makanan.  Dari itu berhati-hatilah apabila berhadapan dengan pembekal baja bioorganik tidak kiralah cecair ataupun berbutir.

Saya akui ada keperluannya mirkob, namun ia hanyalah sekadar makanan tambahan dan ia memerlukan kompos atau bahan-bahan organik lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Reading material
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Google
  • MySpace
  • Technorati
  • TwitThis
  • StumbleUpon
  • Live
  • Ping.fm
  • Yahoo! Buzz
banner ad

18 Responses to “Baja bio organik cecair”

  1. zaini says:

    as salam tuan adeem. . .minta jumpa saya zaini dari sykt alfa life call 0192226661,0199886611.

  2. Peladang berjaya says:

    Assalamualaikum, saya mempunyai pengalaman menarik berkenaan penggunaan baja cecair mikrob. Saya merupakan salah seorang dari pembeli baja tersebut. Sejak menggunakan baja mikrob iaitu jenama Baja Green Drops, dalam masa 2 minggu sahaja akar baru dah tumbuh, tahi cacing pun banyak. Mulanya memang tak percaya, tapi itulah hakikatnya. Tanah ladang kelapa sawit menjadi sangat subur. Malah, kawan saya sendiri pun turut terkejut dengan hasil dari baja tersebut di mana hasil setandan yang dulunya hanya 20kg, dalam masa 3 bulan dah mencapai hampir 80kg. Boleh call agen dari Syarikat Green Drops sendiri (En. Hadi:0126776917). Sekadar berkongsi pengalaman..

  3. gaman says:

    salam,
    bolehkah baja cecair di suntik terus ke batang pokok sawit? Ada pengedar yang kata boleh buat begitu.

  4. penternak kambing says:

    salam,
    bagaimana caranya untuk ketahui bahawa baja tu benar2 organik?ramai orang claim bahawa baja yang dorang buat tu organik tapi atas dasar apa?apa ciri2 fizikal dan kimianya?

  5. imam says:

    kenapa baja bio alfa life membuat pokok sawit menjadi layu? kemunkinan pengunaan bahan organik yang tidak sesuai dalam pembikinan baja bio.

  6. Yasser says:

    Salam…. Saya yasser dari raya selatan trading berpengkalan di johor bahru ingin berkongsi maklumat untuk kita semua… kami adalah pengedar yang dilantik untuk memasarkan BAJA ORGANIK TULEN …. kami telah melakukan beberapa ujian tanaman membabitkan pokok2 bunga, padang golf dan tanaman sayuran & buah-buahan, hasilnya kami dapati BAJA ORGANIK yg kami gunakan amatlah menggalakan… baja kami juga bakal diiktiraf oleh BIO TEKNOLOGI sebagai baja organik yg BENAR-BENAR ORGANIK… sekiranya tuan2 / puan2 yg di luar sana berminat untuk membeli & menggunakan product kami.. anda boleh lah menghubungi kami di 012-760 1500(yasser) / 019 757 0531(Razid) / 019 745 3662 (rahayu) BERSAMA KITA MEMULIHARA ALAM KITA… Wassalam…

  7. zaini says:

    salam tuan2 dan puan2…..sms untuk order baja ALFA LIFE.0199886611/0192226661/0126601462

  8. Suzira says:

    Saya amat bersetuju dengan Adaem pengeluar baja organik cecair ni ramai yg kurang pengetahuan tentang tanah dan kaitan nye dengan baja.
    Kandungan tanah ada berbagai hidupan didalamnya dan kesemuanya itu berkait antara satu sama lain. Baja organik cecair yang berbagai ini memberi impak yang berbeza. Cuma saya perlu katakan berhati-hati dengan pengeluar/penjual baja organik yg kurang berpengethuan tentang kaitan tersebut. Ada baja yang memberi impak yg cepat tetapi hanya dalam tempoh tertentu sahaja..maaf saya katakan kawan saya telah menggunakan Alfa Life selama 3 tahun. Katanya buah okey tapi daun menjadi layu..so make sure baja yang di beli telah menjalani ujikaji sekurang-kurang 10 tahun dan lihat tesimoni nye terlebih dahulu.

  9. pengguna baja mikrob cecair says:

    salam..sy juga adalah salah seorg pengguna baja mikrob cecair.saya telah menggunakan baja ini hampir 2 tahun.pada awalnya hasil sawit saya masih dalam keadaan sama tapi sejak akhir2 ini hasilnya agak menakjubkan bukan sahaja hasil bertambah malah pokok sawit saya bertambah subur.bagi pendapat saya kesabaran adalah pokok utama kerana kita telah berusaha hanya allah yng menentukan segala2nya terimakasih dan syabas kepada pengeluar baja ini semoga usaha anda membantu saya dan pengusaha2 sawit kecil yng lain dirahmati allah.

  10. Pengguna Baja Mikrob says:

    Tuan,

    Saya tidak bersetuju dengan pendapat yang tuan berikan… saya sebagai pengguna baja mikrob ini di Sarawak yang mempunyai ladang seluas 200 hektar di tanah berpasir telah pun menggunakan baja mikrob ini lebih 3 tahun. Saya amat berpuas hati dengan hasil yang saya dapat. Ini adalah kerana sebelum ini saya amat kecewa dengan hasil yang dikeluarkan dengan menggunakan baja kimia… saya hampir-hampir menjual ladang saya sehingga saya berjumpa dengan pengilang ini yang memberikan saya satu nafas baru dengan penggunaan baja cecair mereka. Saya cuma menggunakan baja ini tanpa baja kimia yang lain dan penghasilannya sungguh menakjubkan! Terima kasih kepada anak-anak muda ini yg telah membantu saya! Memang jika dilihat dari segi saintifik apa yg berlaku ini tidak dapat diterima oleh akal… tetapi inilah yg berlaku.. sekiranya semua perkara boleh dijelaskan secara saintifik maka senanglah untuk kita memahami kejadian yang dicipta oleh Allah taalla ini… tapi sesetengah perkara tidak dapat diperjelaskan oleh akal manusia yang belum cukup atau belum dibukakan minda untuk memahami perkara-perkara sebegini.. apatah lagi kita yang baru belajar mengenal kehidupan…
    -Hamba Allah-

    • Adaem says:

      Salam Tuan,

      Terimakasih diatas pengalaman yang dikongsikan agar ianya boleh dijadikan panduan. Sekiranya baja cecair yang tuan gunakan adalah berkesan maka teruskanlah menggunakannya. Kalau tidak keberatan, kongsikanlah juga jenama yang digunakan agar rakan-rakan yang lain boleh mencuba dan menikmati hasil yang sama. Saya cuma berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya. Biasanya kami menggunakan baja kimia dan tandan kosong. Minta maaf sekiranya ada bahasa yang agak kasar dalam entri saya, namun ianya hanyalah luahan daripada adik ipar yang pernah menggunakan baja mikrob cecair akan tetapi hasilnya menjunam., Mungkin adik saya gunakan daripada jenama yang berbeza..

      • Pengguna Baja Mikrob says:

        As Salam,

        Baja yang saya gunakanlah adalah dari jenama Alfa Life. Menurut, pengilang baja tersebut memang terdapat baja tiruan yang menggunakan jenama yang hampir sama atau label yang hampir sama. Saya bernasib baik kerana mendapat bimbingan dari pihak pengilang sendiri.

        Sekadar berkongsi pengalaman.

        -Hamba Allah-

        • Adaem says:

          Saya pernah mendengar baja Alfa life. Ia masih lagi diperingkat kajian bagi memastikan keberkesanannya. Pada saya, baja ini hanyalah sekadar makanan tambahan bukan unsur utama NPK yang amat diperlukan oleh kelapa sawit.

  11. Maya Adduci says:

    Nice site, nice and easy on the eyes and great content too.

  12. Adaem says:

    Thanks

  13. mikerosss says:

    Useful blog website, keep me personally through searching it, I am seriously interested to find out another recommendation of it.

Leave a Reply

Powered by Wordpress | Sawitbiz Sawitbiz